Kenali Warriors


Kami ialah Warriors 1115 , generasi keempat daripada keluarga Warriors . Sini , di Alam Shah , ada empat jenis batch ; Jerks , Fighters , Pirates dan semestinya Warriors . Batch kami agak istimewa kerana tidak memiliki maksud tetapi batch lain mempunyai maksud tersendiri . 

Seramai 165 orang murid hidup di Alam Shah dengan gelaran Warriors 1115 . Kami semua telah dikumpulkan dari serata negara dan telah ditakdirkan untuk bersama di Alam Shah ini . Diajar dan dididik untuk menjadi manusia yang berwibawa dan matang . Dengan Kesatuan , Maruah dan Kejayaan . (With Unity , Dignity and Glory)

Kepercayaan telah diberikan kepada kami untuk menempuh PMR 2013 bersama . Tekanan agak tinggi kerana kami batch yang terakhir untuk mengambil PMR . Dan semestinya sekolah mengharapkan yang terbaik daripada kami . Insyaallah , kami akan membawa kejayaan kepada Alam Shah , itu janji kami .

Alam Shah , sekolah yang sungguh berbeza dari sekolah lain . Dari luarnya nampak sama , tetapi seseorang itu hendaklah menjadi pelajar di sini baru mengetahui kehidupan sebenar di Alam Shah . Jadi , untuk menghadapi hidup di sini , kami hendaklah mencari kesatuan antara kami . Kami lalui memori pahit manis bersama . Hidup kami seperti adik - beradik . 

Warriors akan menjadi batch yang terbaik di luar sana .